JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN SESI PAGI

Monday 13 August 2012









READ MORE - JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN SESI PAGI

AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2012

Friday 3 August 2012

 
1. Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1
   Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1  ini dijalankani sebelum sesi
   persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tingkatan 1  diberikan pendedahan awal tentang
   kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana
   persekolahan yang baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
   Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
   pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan
   ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat
   menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah & PRS
   Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah
   pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan
   perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan Hari Guru
   Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada
   guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada
   guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran
   Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal
   pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba
   berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan
   betul.
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan
   Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos
   hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan
   dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup
   Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah
   seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan,
   pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
7. Sambutan Hari Kanak-Kanak
   Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan
   bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan,
   persembahan dan pelbagai lagi.
4
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012
Panduan Pengurusan Unit-unit
             HEM 2012


SMK RAJA MUDA MUSA
10. Rawatan Pergigian
    Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
    menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
    diberikan sepanjang tahun.
11. Pertandingan Kebersihan Kelas
    Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
    pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
12. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
    Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan
    kerjasama MDKS, PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan
    kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
 13. Bantuan Kebajikan Murid
    Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, KOPERASI
    PUSAT ZAKAT SELANGOR dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang
    berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan
    sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.
14. Program Maju Diri
    Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid
    yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tingkatan 1 dan 4. Pelbagai aktiviti
    berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
15. Sesi Kaunseling
    Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi
    petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu
    murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi
    kaunseling individu juga dijalankan.
 16. Program RIMUP
    Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah
    bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi
    hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
17. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
    Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin
    keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
    keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-
    murid tentang keselamatan diri masing-masing.
18. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
    Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
    kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu
    cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.
5
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012
Panduan Pengurusan Unit-unit
            HEM 2012

READ MORE - AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2012

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH

PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
1. Tujuan
1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.
2. Latar Belakang
2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.
3. Peruntukan Undang-Undang
3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid sekolah itu.”
3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah;
4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.
4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.
4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.
4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar.
4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.
5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8.
5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.
5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi.
5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.
5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agarsurat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah.
5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ).
5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ).
5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.
5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas.
5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang sama.
5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.
5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.
6. Keperluan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah.
6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.
7. Contoh -contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat :
Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan diteliti :
7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.
7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.
7.4 Lampiran D :Contoh surat gantung sekolah utk tujuan siasatan hingga tindakan disiplin selesai.
7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman.
7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8
7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman.
7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin gantung pelajar utk tujuan buang sekolah.
7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.
7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.
8. Penutup
Adalah diharapkan Pengetua dan Guru Besar selepas ini akan dapat menguruskan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dengan lebih kemas dan teratur.
READ MORE - PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH

CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN BAGI GURU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA
BESTARI JAYA, 45600 SELANGOR

BORANG SKT 2012


NAMA : HALIM BIN OMAR
JAWATAN : PENOLONG KANAN HEM


BIL AKTIVITI / PROJEK/KETERANGAN
PETUNJUK PRESTASI SASARAN KERJA PENCAPAIAN SEBENAR ULASAN
1 PENGURUSAN KURIKULUM

1.1 Menghadiri Mesyuarat AJK induk Kurikulum sekolah Kuantiti: Bilangan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
1.2Menghadiri Mesyuarat unit-unit kurikulum sekolah Kuantiti: Bilangan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
1.3 Menghadiri Mesyuarat Panitia Matapelajaran Bahasa Melayu dan Panitia Sivik
Kuantiti: Bilangan Mesyuarat 4 kali setahun 4 kali setahun
1.4 Menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran 3 orang guru sesi pagi
Kuantiti: Bilangan Guru 3 kali setahun 3 kali setahun
1.5Melaksanakan pemeriksaan buku nota/latihan murid Kuantiti: Bilangan pemantauan 2 kali setahun 2 kali setahun
1.6 Menghadiri perkembangan Staf Kurikulum Kuantiti: Bilangan program dilaksanakan 4 kali setahun 4 kali setahun
1.7 Melaksanakan pemeriksaan Buku Rekod mengajar 3 orang guru sesi pagi
Kuantiti: Bilangan penghantaran 43 kali setahun 43 kali setahun
1.8 Menjalankan P&P Matapelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 3 Kuantiti: Bilangan waktu mengajar 6 kali seminggu 6 kali seminggu
1.9 Menjalankan P&P Matapelajaran Sivik Tingkatan 3 Kuantiti: Bilangan waktu mengajar 2 kali seminggu 2 kali seminggu

2 PENGURUSAN ORGANISASI

2.1 Menghadiri Mesyuarat Pentadbiran Sekolah
Kuantiti: Bilangan Mesyuarat 10 kali setahun 10 kali setahun
2.2 Penyediaan Takwim sekolah dan agihan tugas guru
Kuantiti: Kekerapan penyediaan 1 kali setahun 1 kali setahun
2.3 Membantu pengetua memastikan penjelasan dan penyebaran visi, misi, matlamat dan objektif sekolah didokumen dan dipamerkan
Kuantiti: Mengikut kesesuaian keadaan Jan - Disember Jan - Disember
2.4 Melaksanakan Tugasan AJK Organisasi sekolah untuk JK Kerja Perancangan Strategik sekolah
Kuantiti: Kekerapan penyediaan 5 Tahun sekali 5 Tahun sekali
2.5 Membantu Pengetua menyelia kerja semua guru berdasarkan agihan tugas yang diberi
Kuantiti: Kekerapan penyeliaan Sepanjang tahun Sepanjang tahun
2.6 Menjalankan Agihan Tugas dan membantu Pengetua memastikan program rasmi sekolah(Mesyuarat Agung PIBG, Hari Anugerah Kecemerlangan, Kejohanan Olahraga Sekolah, Perkhemahan Tahunan Unit Uniform)
Kuantiti: Bilangan program 15 program setahun 15 program setahun

3 PENGURUSAN PEJABAT

3.1 Membantu Pengetua memastikan agihan tugas dan waktu bekerja staf sokongan dilaksanakan dengan berkesan
Kualiti: Mengikut piawai yang ditetapkan 100 % dipatuhi 100 % dipatuhi
3.2 Memastikan pengurusan surat-surat mesyuarat/kursus, tugasan untuk guru-guru unit Hem diurus dengan berkesan Kualiti: Mengikut arahan dan agihan tugas 100 % dipatuhi 100 % dipatuhi
3.3 Membantu Pengetua melaksanakan pengurusan fizikal pejabat, perabot, penyusunan ruang dan keselesaan dengan menjalankan aktiviti gotong royong berkala Kualiti: Kekerapan gotong royong 4 kali setahun 4 kali setahun 4 kali setahun

4 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

4.1 Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid
Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 4 Kali setahun 4 Kali setahun
4.2 Mengurus dan Mempengerusi mesyuarat Unit-unit Hem
Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
4.3 Mengurus Mesyuarat Lembaga Tatatertib sekolah Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 4 kali setahun 4 kali setahun
4.4 Memantau Bilik-bilik Khas seperti Surau, Bilik kaunseling, Bilik BOSS, Bilik Pengawas, Bilik Sahsiah dan Bilik Kesihatan
Kuantiti: Kekerapan pemantauan 8 kali setahun 8 kali setahun
4.5 Memastikan Enrolmen dan data murid dikemaskini setiap masa Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 12 kali setahun 12 kali setahun
4.6 Mengurus dan memastikan Program Gotong Royong dijalankan
Kuantiti: Kekerapan Aktiviti 3 kali setahun 3 kali setahun
4.7 Memantau ketua- ketua Unit dalam menguruskan unit-unit HEM Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 4 kali setahun 4 kali setahun
4.8 Memantau Jadual Kedatangan Murid Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 12 kali setahun 12 kali setahun
4.9 Memastikan pengurusan dan pengendalian perhimpunan rasmi dijalankan dengan lancar dan teratur
Kuantiti: Kekerapan perhimpunan Jan - Nov Jan - Nov
4.10 Memantau dan memastikan surat-surat amaran dikeluarkan mengikut prosedur yang ditetapkan
Kuantiti: Mengikut prosedur yang ditetapkan 100% dipatuhi 100% dipatuhi
4.11 Mengurus dan mengendalikan kes kes disiplin
Murid dengan berkesan dan mengikut prosedur Kuantiti: Mengikut prosedur 100% dipatuhi 100% dipatuhi
4.12 Memastikan Pengurusan Kebajikan Murid, Biasiswa, SPBT, Takaful dijalankan dengan berkesan Kuantiti: Mengikut prosedur yang ditetapkan Sepanjang tahun Sepanjang tahun
4.13 Memastikan pengurusan kelas seperti keceriaan kelas, kebersihan dan keselamatan dijalankan dengan berkesan
Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 5 kali setahun 5 kali setahun
4.14 Memastikan Pengurusan dan pengendalian kantin sekolah dijalankan dengan berkesan
Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 12 kali setahun 12 kali setahun
4.15 Memastikan penghantaran Laporan Unit HEM dilaksanakan dengan berkesan
Kuantiti: Kekerapan Laporan Setiap bulan( Jan – Nov) Setiap bulan( Jan – Nov)
4.16 Memastikan semua program HEM didokumentasikan dengan sempurna mengikut format yang disediakan
Kuantiti: Kekerapan Program Sepanjang tahun Sepanjang tahun
4.17 Memantau program di bawah Unit HEM dilaksanakan dengan berkesan( Taklimat Keselamatan, Bomba, AADK dan Pejabat Kesihatan Daerah) Kuantiti: Kekerapan Program 4 kali setahun 4 kali setahun
5 PENGURUSAN KOKURIKULUM

5.1 Menghadiri Mesyuarat AJK Induk Kokurikulum

Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
5.2 Menghadiri Mesyuarat unit-unit Kokurikulum Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 2 kali setahun 2 kali setahun
5.3 Membantu PK KOKU memantau pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Kuantiti: Jumlah Aktiviti Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun
5.4 Membantu PK KOKU memantau kemudahan asas berkaitan aktiviti kokurikulum Kuantiti: Kekerapan Pemantauan Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun
6 PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

6.1 Menghadiri Mesyuarat Kewangan sekolah Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
6.2 Menghadiri mesyuarat pengurusan Aset Alih kerajaan Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun


7 PENGURUSAN INFRASTRUKTUR DAN FIZIKAL SEKOLAH
7.1 Mengurus dan mengendalikan mesyuarat AJK Induk Pengurusan Fizikal sekolah Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
7.2 Pemantauan kerosakan fizikal bangunan sekolah termasuklah keadaan Tandas Murid Lelaki dan perempuan, Tandas guru, Kerosakan letrik di semua bangunan sekolah dan paip sekolah Kuantiti: Kekerapan Pemantauan Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun
7.3 Membantu pengetua uruskan penyelenggaraan dan baik pulih bangunan, letrik dan paip sekolah Kuantiti: Mengikut kesesuaian keadaan Sepanjang tahun Sepanjang tahun
7.4 Membantu pengetua mengenalpasti keperluan di dalam bilik darjah/kelas Kuantiti: Kekerapan Pemantauan Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun


8 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

8.1 Menghadiri mesyuarat guru dan memberi taklimat Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat Sepanjang Tahun Sepanjang Tahun
8.2 Menghadiri Taklimat dan Perjumpaan guru Kuantiti: Kekerapan Perjumpaan 10 kali setahun 10 kali setahun
8.3 Menghadiri Mesyuarat Staf Sokongan Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun
8.4 Perjumpaan dan Taklimat dengan Staf Sokongan Kuantiti: Kekerapan Perjumpaan 4 kali setahun 4 kali setahun
8.5 Menghadiri Program Perkembangan Staf Kuantiti: Kekerapan Program 4 kali setahun 4 kali setahun
8.6 Menghadiri Hari Keluarga Kelab Guru Kuantiti: Kekerapan Aktiviti 1 kali setahun 1 kali setahun
8.7 Menghadiri Jamuan Kelab Guru Kuantiti: Kekerapan Aktiviti 2 kali setahun 2 kali setahun


9 PENGURUSAN HUBUNGAN KOMUNITI
9.1 Menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 1 kali setahun 1 kali setahun
9.2 Menghadiri Mesyuarat AJK PIBG Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 8 kali setahun 8 kali setahun
9.3 Membantu Pengetua Menyelia dan menguruskan Aktiviti Gotong Royong bersama PIBG Kuantiti: Kekerapan Aktiviti 2 kali setahun 2 kali setahun
9.4 Menghadiri Mesyuarat Permuafakatan sekolah bersama pihak Polis, Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah
Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 3 kali setahun 3 kali setahun


10 TUGAS TUGAS LAIN

10.1 Menghadiri Taklimat/ Mesyuarat Penyelia Kawasan bagi pengendalian Peperiksaan PMR & SPM Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 1 kali setahun 1 kali setahun
10.2 Memantau pengendalian peperiksaan pusat pusat peperiksaan di bawah kendalian Kuantiti: Kekerapan Pemantauan Sepanjang tempoh peperiksaan Sepanjang tempoh peperiksaan
10.3 Memastikan pengurusan fizikal bilik kebal dijalankan dengan lancar dan selamat Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 2 kali setahun 2 kali setahun
10.4 Memastikan bahan-bahan peperiksaan di bilik kebal diurus dengan baik dan cekap Kuantiti: Kekerapan Pemantauan 2 kali setahun 2 kali setahun
10.5 Memantau pengendalian mesyuarat Ketua Pengawas dan pengawas di pusat peperiksaan di bawah kendalian Kuantiti: Kekerapan Mesyuarat 2 kali setahun 2 kali setahun





…………………………………………………………. …………………………………………………………………
Tanda tangan PYD Tanda Tangan PPP

Nama : HALIM BIN OMAR Nama: PN HJH MAIMUN BT SOH

Tarikh : 31 Disember 2012 Tarikh: 31 Disember 2012
READ MORE - CONTOH SASARAN KERJA TAHUNAN BAGI GURU

 
 
 

Followers