1. Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1 Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1 ini dijalankani sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tingkatan 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru. |
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan. |
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah & PRS Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut. |
4. Sambutan Hari Guru Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang mengajar mereka. |
5. Latihan Kebakaran Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul. |
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan, pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi. |
7. Sambutan Hari Kanak-Kanak Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi. |
4 |
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012 |
Panduan Pengurusan Unit-unit HEM 2012 |
SMK RAJA MUDA MUSA |
10. Rawatan Pergigian Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun. |
11. Pertandingan Kebersihan Kelas Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan. |
12. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama MDKS, PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. |
13. Bantuan Kebajikan Murid Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, KOPERASI PUSAT ZAKAT SELANGOR dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi. |
14. Program Maju Diri Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tingkatan 1 dan 4. Pelbagai aktiviti berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut. |
15. Sesi Kaunseling Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan. |
16. Program RIMUP Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi hubungan antara kaum-kaum di Malaysia. |
17. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid- murid tentang keselamatan diri masing-masing. |
18. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat. |
5 |
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012 |
Panduan Pengurusan Unit-unit HEM 2012 |
1 comments:
Borgata Hotel Casino & Spa (WBB) - KJRH
Borgata Hotel Casino 강릉 출장마사지 & 공주 출장마사지 Spa features 3,800 울산광역 출장안마 spacious rooms, including a full-service spa, a seasonal 영주 출장안마 Olympic-sized pool and an 계룡 출장샵 indoor pool. Rating: 4.7 · 12 reviews
Post a Comment