AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2012

Friday 3 August 2012

 

1. Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1
   Pendaftaran dan orentasi tingkatan 1  ini dijalankani sebelum sesi
   persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tingkatan 1  diberikan pendedahan awal tentang
   kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana
   persekolahan yang baru.
2. Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
   Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada
   pengawas, ketua dan penolong ketua kelas. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan
   ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat
   menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.
3. Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah & PRS
   Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah
   pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan
   perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
4. Sambutan Hari Guru
   Sambutan diadakan pada 16 Mei setiap tahun yang bertujuan memberi penghargaan kepada
   guru-guru selain memberi peluang kepada murid-murid mengucapkan terima kasih kepada
   guru-guru yang mengajar mereka.
5. Latihan Kebakaran
   Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal
   pertama dan sekali pada penggal kedua. Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba
   berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan
   betul.
6. Sambutan Bulan Kemerdekaan
   Pihak sekolah menjalankan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 19 Ogos
   hingga 19 September setiap tahun. Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang sambutan
   dijalankan seperti perasmian pengibaran Jalur Gemilang, Sambutan 31 Ogos, Penutup
   Sambutan Bulan Kemerdekaan. Selain itu, acara-acara lain yang turut dijalankan adalah
   seperti nyanyian lagu patriotik, pertandingan hiasan kelas bertemakan kemerdekaan,
   pertandingan melukis poster dan pelbagai lagi.
7. Sambutan Hari Kanak-Kanak
   Pada setiap tahun, pihak sekolah menyambut hari kanak-kanak dan hari kokurikulum dengan
   bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan,
   persembahan dan pelbagai lagi.
4
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012
Panduan Pengurusan Unit-unit
             HEM 2012


SMK RAJA MUDA MUSA
10. Rawatan Pergigian
    Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah
    menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini
    diberikan sepanjang tahun.
11. Pertandingan Kebersihan Kelas
    Pertandingan kebersihan kelas dijalankan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak
    pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
12. Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
    Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan
    kerjasama MDKS, PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan
    kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.
 13. Bantuan Kebajikan Murid
    Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, KOPERASI
    PUSAT ZAKAT SELANGOR dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang
    berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan
    sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.
14. Program Maju Diri
    Program Maju Diri dijalankan pada minggu kedua sesi persekolahan bermula. Murid-murid
    yang terlibat adalah di dalam kalangan murid-murid Tingkatan 1 dan 4. Pelbagai aktiviti
    berbentuk motivasi dan ilmiah diberikan kepada murid-murid tersebut.
15. Sesi Kaunseling
    Sekolah mempunyai dua orang guru kaunseling. Seorang di sesi pagi dan seorang di sesi
    petang. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu
    murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi
    kaunseling individu juga dijalankan.
 16. Program RIMUP
    Program integrasi kaum ini turut dijayakan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah telah
    bekerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar dalam pelbagai aktiviti bagi mengeratkan lagi
    hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
17. Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
    Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin
    keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
    keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-
    murid tentang keselamatan diri masing-masing.
18. Program bersama Klinik Kesihatan Daerah
    Program ini dijalankan pada setiap tahun. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah
    kesihatan, bantuan kecemasan dan pelbagai lagi dijalankan bagi memastikan murid-murid tahu
    cara menjaga kesihatan agar sentiasa sihat.
5
HakCipta Terpelihara @ HALIMOMAR 2012
Panduan Pengurusan Unit-unit
            HEM 2012

1 comments:

achanpackard said...

Borgata Hotel Casino & Spa (WBB) - KJRH
Borgata Hotel Casino 강릉 출장마사지 & 공주 출장마사지 Spa features 3,800 울산광역 출장안마 spacious rooms, including a full-service spa, a seasonal 영주 출장안마 Olympic-sized pool and an 계룡 출장샵 indoor pool. Rating: 4.7 · ‎12 reviews

Post a Comment

 
 
 

Followers